Penyanyi berkenaan atau nama sebenarnya Syed Ismail Syed Ibrahim, 42, mengaku melakukan perbuatan tersebut di sebuah rumah di Jalan Ahmad, Tanjung Agas pada pukul 7.30 malam Ahad minggu lalu.
Dalam kenyataan pihak pendakwaan, tertuduh telah memukul anaknya di bahagian kaki dan tangan menggunakan rotan dan tangan tertuduh.
Majistret Salina Omar kemudian menetapkan denda sebanyak RM500 sebagai hukuman setelah mendengar rayuan daripada tertuduh yang memberitahu dia mempunyai tanggungan lima orang anak.
Susah jadi mak bapa zaman sekarang.... bila nak rotan untuk mengajar anak dikatakan dera... dah anak kurang ajar.. rotan jelah.... bukannya disepak teranjang budak tu.... inilah masalah bila ibubapa bergaduh.... anak dijadikan alasan untuk menghentam pasangan....
Bagi saya tak ada masalah merotan asalkan tidak mengakibatkan kecederaan yang serius... kalau setakat berbirat orang zaman dulu lagi teruk berbiratnya.... sampai ada yang ikat anak pada pokok yang ada kerengga. Jadi orang berguna juga anak tu... Kalau keadah dulu di buat zaman sekarang.... kena penjara kot si bapa tu....
Sebab itu kita tengok anak zaman sekarang banyak yang terlibat dengan gejala sosial dan kurang ajar..... anak sendiri bapa nak rotan pun tak boleh lagikan GURU nak merotan..... berbekas sikit nak report polis dan saman guru..... nak lagi glamor masuk dalam akhbar..... setiap ibubapa mengatakan anak mereka baik walaupun ada sesetengahnya di belakang mak bapa perangai macam hantu.... takkan nak tunjuk perangai buruk depan mak bapakan..... kalau pelajar tidak buat masalah.... guru pun tak ingin nak rotan... tapi ada juga guru yang terlebih rotan..... nie yan susah.... Guru kalau nak merotan..... bayangkan tu anak sendiri ya......
Lagi satu pihak akhbar suka mensensasikan berita macam ini..... itu sebabnya orang bersangka buruk bila anak dirotan oleh bapa atau pelajar dirotan oleh guru... sedangkan perkara ni boleh diselesaikan secara baik...... selagi tidak memudarat dan mencacatkan.... biarkanlah..... sayang anak biar berpada2.... hari tua kita tidak tahu lagi macamana perangai anak tersebut.....
Malas sebenarnya nak cerita isu rotan nie.... baik makan ......
No comments:
Post a Comment