Macam2 perkara pelik yg berlaku skrg.... Sebelum ini di negara kita dikejutkan dgn sejadah sembahyang.Tulisan yg berbentuk kalimah dlm objek dan byk lagi perkara yg tak tercapai dek akal kita...Adakah ini petunjuk yg ingin diberikan kepada umatNya supaya insaf dan tidak lalai dalam mengejar duniawi.
Dalam thn 90an kita pernah dikejutkan dgn berita pelajar melihat awan yg berbentuk objek tertentu di langit. Saya juga pernah mengalaminya semasa berlajar di sebuah sekolah berasrama penuh. Tapi sebagai pelajar yg belum matang ketika itu... bagi saya tidak ada apa2 makna disebalik kejadiaan itu.Tapi ada dikalangan kawan saya ketika itu ingin berhenti sekolah kerana ingin mendalami agama...Bagi sesetengah orang dgn hanya sekadar melihat gambar saja... mungkin berfikir ini gambar edit..
Namun dengan kejadian yg berlaku kepada dunia skrg... adakah perkara yg berlaku tersebut dapat memberi keinsafan kepada kita?
Tepuk dada tanyalah iman....
KUANTAN, 15 April [11.20 am] – Penduduk Taman Pasdec Makmur, Indera Mahkota dekat sini panik dan gempar apabila melihat tiga buah kanopi berada di atas bumbung masjid taman berkenaan. Kejadian berlaku ketika beberapa orang jemaah sedang menunaikan solat Zohor di masjid berkenaan (Masjid Al-Makmur).
Sungguh mengejutkan, apabila tiga buah kanopi yang bersaiz 20′ x 20′ tiba-tiba melambung naik ke atas bumbung masjid berkenaan. Sebelum ini kita pernah mendengar satu cerita kubah masjid melayang diudara, seperti yang berlaku di Indonesia. Namun, kini kejadian aneh berkenaan berlaku pula di kawasan ini. Beberapa orang saksi yang ditemui juga terkejut dan tergaman dengan kejadian itu. Menurut seorang saksi yang tidak mahu namanya dikenali berkata “Saya sendiri amat pelik dengan kejadian ini, dan menganggap ia adalah satu amaran dari Allah SWT sebenarnya. Apatah lagi kanopi yang berat itu boleh melambung naik ke atas bumbung masjid dan kakinya mengadap ke langit. Kanopi yang biasanya hanya boleh diangkat dan dipindahkan oleh 5 hingga 10 orang itu tiba-tiba naik ke atas bumbung. Bukan satu kanopi, tetapi tiga kanopi sekali yang terangkat naik ke bumbung !!” katanya. Biarpun ada pihak yang mengatakan, kanopi tersebut terangkat akibat putaran angin puting beliung. Namun, masalahnya ketika kejadian cuaca amatlah baik sekali dan tiada tanda-tanda hujan, ribut, berangin atau sebagainya. Malah, kedudukan masjid berkenaan juga agak terlindung kerana terdapat bangunan lain di sekitarnya seperti bangunan KAFA, KRT dan sebagainya.
Sumber:Pahangdaily
subhanallah..tak sangka leh terangkat gitu
ReplyDeleteelok je terangkatnya... tak koyak tu...
ReplyDelete