
Pokok ajaib...... sebab apa pula namanya pokok ajaib.Adakah bentuk pokok ini pelik hingga dipanggil pokok ajaib.... bukan...sebenarnya apabila kita makan buah pokok ajaib dalam masa dua-tiga minit apa2 benda masam yang kita makan akan jadi manis... tak percaya....Jadi bukan nak cerita pasal pokok kat atas ya....

Nama saintifik bagi pokok ini adalah Synsepalum dulcificum dan berasal daripada Afrika Selatan.Tumbuhan dari keluarga Sapotaceae ini boleh ditanam didalam pasu yang besar. Ia adalah tumbuhan renek yang boleh mencapai ketinggian sehingga 18 kaki jika hidup di habitat yang menyerupai habitat asalnya. Kebiasaannya ia boleh tumbuh sehingga 5 hingga 6 kaki. Ia menghasilkan buah sepanjang tahun.Ia akan menghasilkan buah selepas lebih kurang 4 tahun ditanam.Bunganya kecil berwarna putih.

Dalam perubatan buah ini digunakan untuk merawat demam, kencing manis, malaria, buasir dan batuk. Kandungan gula semulajadi yang dihasilkan oleh buahnya juga amat berguna untuk membantu pesakit kencing manis.Hasilnya sekarang macam2 produk yang dihasilkan dengan buah pokok buah ajaib ini.

I tak pernah makanpun buah ni...
ReplyDeletemasa u blk x berbuah lagi.... klu u nak mkn limau nipis rasa manis bolehlah mkn buah nie nanti
ReplyDelete