Showing posts with label aktiviti. Show all posts
Showing posts with label aktiviti. Show all posts

Wednesday, April 21, 2010

Bungga Manggar

Sebelum ini saya telah masukkan mengenai sambutan jubli perak pkb.Saya telah ditugaskan sebagai salah seorang AJK Bungga Manggar (AJK tu....) Jadi nak cerita pula pasal bungga manggar. Penat tau buat...60 bungga manggar kena siap..takkan tak nak cerita pula...
Prosesnya bermula dengan menggunting kertas creep.... mulanya nak beli yang dah siap just cucuk kat gabus je... tapi boss suruh campur dengan kertas creep pula.Yang kat kedai ada yang diperbuat daripada kertas sinar je... jadi kenalah gunting kertas creep tu lalu dililit pada lidi.Yang kertas sinar beli kedai je...Jawabnya kena minta tolong pelajar tolong gunting dan lilit.Tapi sebab masa tak cukup... pelajar sempat buat sikit je so terpaksalah part time kat rumah masa weekend.Nasib baik pelajar sempat gunting semua kertas creep..Suami pun membebel apasal tak minta tolong pelajar... dah minta tolonglah bang tapi tak siap.... kenalah buat sendiri.Tak siapkan kena marah kat boss pula.Nak cari batang penyapu satu hal...... banyak kedai kena cari nie....Batang penyapu pun kena bawa balik rumah... lilit dengan riben supaya lawa sikit...
Nie.. kumpulan mengguting
Kumpulan kedua melilit pula.... tak siap juga...
Waktu raptai... tak guna lagi bungga mangga just atur kedudukan pelajar je supaya hari sebenar tidak kucar kacir pula... Lagipun tak cucuk kat gabus lagi masa nie....Kesian pelajar... check jalan ok ke tu...
Sehari sebelum raptai kedua.... dah kena siapkan bungga manggar. Nasib baik ada 3 orang yang datang menolong... satu bungga manggar siap kena ada 30 batang... nak cepat cucuk asingkan dulu lidi sebanyak 30... so bila cucuk tak adalah terkial2 nak pilih warna dan nak kira cukup ke 30 nie..... Masalah kat mana nak letak bungga manggar nie....
Hasilnya..... habis sudut yang boleh sumbat batang penyapu diguna.... janji tak jatuh...
Hari raptai kedua.....
Istirehat kejap..... lepas nie nak simpan bungga manggar tempatnya semula...Last sekali akhirnya..... hari yang dinanti tiba jua....Lega....
Snap yang lawa2 je.... tak adil......
Nak juga...
Pelajar2 nie masalah juga.... nak pegang bungga manggar yang lawa je.... yang tak lawa dapatlah kat jejaka nie.....




Tuesday, April 20, 2010

Sambutan Jubli Perak

Sempena penubuhan 25 tahun Poli KB, telah diadakan satu sambutan jubli perak pada 18/04/2010. Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Saifuddin Abdullah telah dijemput untuk merasmikan sambutan tersebut. Jabatan saya telah ditugaskan untuk melaksanakan bahagian sambutan dan inilah hasilnya.

Disepanjang jalan dari pintu pagar ke dewan diletakan seramai 58 orang pelajar untuk memegang bungga manggar. Saya di tugaskan menyiapkan bunggar manggar dan mengawal pelajar seramai 58 orang. Banyak tu bungga manggar nak kena buat.... letih nak meyucuknya.
Pada acara sambutan, band berada didepan.... Nie pelajar sekolah... kena sewa mereka sebab poli mana ada band. Sedap juga mereka main. Masa nak mula... ada pemukul rebana menandakan ketibaan Dato'. Sibuk dok jaga pelajar bungga manggar tak sempat nak ambil gambar rebana.
Kemudian diikuti dengan pasukan wataniah pkb yang siap memegang senjata.. Cayalah... nasib baik tak ada peluru...
Di belakang pasukan wataniah, seramai 25 org pelajar memegang bunga telur. Nak sambut 25 tahun kenalah bunga telur 25 juga. Di depannya memegan bungga telur berwarna perak.... Jubli Perak katakan...
Akhir sekali... barulah Pengarah PKB, Hj. Che Ku Mamat Che Ku Abdullah mengiringi Dato' Saifuddin Abdullah masuk ke dalam Dewan. Diikuti dibelakangnya Ketua2 Jabatan, Ketua2 Unit dan tetamu Jemputan.

Yang pegang bakul itu penabur bungga rampai pula seramai 10 orang. Dan di atas pentas pemegang bunga telor meletakkan bungga telor di atas pentas.
Sedihnya tak dapat tengok acara di dalam dewan sebab kena bawa budak manggar pergi simpan bungga manggar dalam bengkel dan bagi duit kopi sikit.
Ada lagi acara selepas perasmian dalam dewan tapi tak pergi sebab tak boleh masuk dewan jadi terus naik jabatan.