Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Saturday, May 8, 2010

Expo Dunia 2010 Shanghai

Nak gi China jauh sangat jadi mari kita tengok apa yang ada kat Ekspo Dunia 2010 Shanghai. Ekspo Dunia Shanghai yang berlangsung 1 Mei – 31 Oktober 2010 di kawasan metropolitan Pudong menempatkan lebih daripada 200 balai pameran bersaiz gergasi.
Bukan sekadar perhimpunan biasa, setiap daripada pavilion negara dan organisasi antarabangsa dihiasi dengan reka bentuk unik yang mewakili identiti kebudayaan setiap negara.

Ekspo ini bertujuan untuk mempromosikan pertukaran idea global dan pembangunan sosial melalui perhimpunan pencapaian terkini dalam bidang ekonomi, kebudayaan, sains dan teknologi setiap negara sebab itu sesetengah pavilion memang pelik bentuknya.Bertemakan Better City-Better Life (Bandar lebih baik-Kehidupan lebih baik), tapak ekspo itu dipenuhi dengan pavilion-pavilion pelbagai reka bentuk.

Malaysia menerapkan ciri minangkabau pada pavilionnya. Pavilion Malaysia berada di Zon B.
Berikut adalah hasil lakaran pertama pavilion Malaysia, di mana atapnya berwarna biru
Ini adalah hasil sebenar pavilion Malaysia, atapnya berwarna merah supaya nampak lagi ceria kot. Tapi yang penting lambang 1Malaysia kena ada.
Berikut adalah lakaran pavilion2 yang akan dipamerkan.
Antara lakaran pavilion yang berada di zon A iaitu negara Asia dan dearah di China
China Pavilion
Saudi Arabia
Israel
Hasilnya
Japan
Afghanistan
Maldives
Antara lakaran yang berada di zon B bersama Malaysia
New Zealand
Singapora
Thailand
MeteoWorld
Brunei
Di zon C untuk benua Africa,Caribbean,Europe, Central dan South American Countries pula
Spain
UK
Hasil yang telah siap
Turkey
Romania
Manakala di zon D dan zon E terdiri dari syarikat koporat
Tidak semua Pavilion sudah dibuka.Pavilion lain yang telah disiapkan
Italy Pavilion
'Orchestra Rehearsal' di dalam Itali pavilion
Patung gergasi di Spanish pavilion
Germany Pavilion
Norway


Monday, April 26, 2010

Pokok Ajaib


Pokok ajaib...... sebab apa pula namanya pokok ajaib.Adakah bentuk pokok ini pelik hingga dipanggil pokok ajaib.... bukan...sebenarnya apabila kita makan buah pokok ajaib dalam masa dua-tiga minit apa2 benda masam yang kita makan akan jadi manis... tak percaya....Jadi bukan nak cerita pasal pokok kat atas ya....
Kat rumah dah lama ada pokok ajaib nie tapi buat tak kesah je.... bertahunlah juga pokok kat rumah tak berbuah walaupun pokoknya dah besar....selepas tahu khasiatnya barulah suami mula letak baja buah dan akhirnya pokok ajaik ku berbuah jua.....nak beli kat kedai mahal buahnya jadi horay dapat juga makan buah ajaib nie...nak tahu khasiatnya cubalah cari...
Nama saintifik bagi pokok ini adalah Synsepalum dulcificum dan berasal daripada Afrika Selatan.Tumbuhan dari keluarga Sapotaceae ini boleh ditanam didalam pasu yang besar. Ia adalah tumbuhan renek yang boleh mencapai ketinggian sehingga 18 kaki jika hidup di habitat yang menyerupai habitat asalnya. Kebiasaannya ia boleh tumbuh sehingga 5 hingga 6 kaki. Ia menghasilkan buah sepanjang tahun.Ia akan menghasilkan buah selepas lebih kurang 4 tahun ditanam.Bunganya kecil berwarna putih.
Buahnya yang berbentuk beri berwarna hijau ketika muda dan akan berubah menjadi merah terang apabila masak.Setiap buah mempunyai satu biji. Lapisan yang menyaluti biji ini walaupun tidak mempunyai rasa manis, tetapi akan menghilangkan semua rasa masam pada benda yang dimakan dan menggantikannya dengan rasa manis.Kesan ini akan dirasakan selama sejam atau lebih.
Dalam perubatan buah ini digunakan untuk merawat demam, kencing manis, malaria, buasir dan batuk. Kandungan gula semulajadi yang dihasilkan oleh buahnya juga amat berguna untuk membantu pesakit kencing manis.Hasilnya sekarang macam2 produk yang dihasilkan dengan buah pokok buah ajaib ini.

Sunday, April 25, 2010

Tukar Tarikh Masehi ke Tarikh Hijrah

Ramai diantara kita tak mengetahui tarikh kita dilahirkan dalam tahun hijrah..... masing2 sibuk menyambut harijadi ikut kalendar masehi.... jarang pula yang menyambutnya ikut tahun hijrah.... selain daripada itu ada juga antara kita tidak tahu hari apa kita dilahirkan....
manalah nak tahu.... kan baru keluar dari rahim ibu... tanya mak... bukannya mak nak ingat... dah lama tu.... apa kata kita lihat tarikh lahir kita mengikut kalendar islam.... cuba masuk website nie...
http://www.religious-affairs.gov.bn/index.php?tpl=th003_calendar
dah tahu bulan islam.... cuba tengok personaliti mengikut bulan islam pula.....
"Muharram
Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.

Safar
Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui kesalahannya. Ibu bapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah di kemudian hari. Walaupun begitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan diri, selalunya ianya akan mendatangkan hasil.

Rabiul Awal
Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai yang suka. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan mudah marah.

Rabiul Akhir
Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupannya menjadi sukar kerana tabiat buruknya. Ibubapa menempuh kesukaran dalam mendidiknya.

Jamadil Awal
Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walaupun begitu, keberanian dan tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang menemui kegagalan juga.

Jamadil Akhir
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian yang ada padanya. Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya, tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannya keras dan tidak mahu mengalah. Semasa kecilnya, ibubapanya perlu mendidik dengan baik agar terserlah sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua-dua orang tuanya.

Rejab
Semasa kecilnya dia degil dan nakal. Ibubapanya patut mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika sudah dewasa, dia suka merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walau bagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa.

Sya?ban
Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan rezekinya tidak putus-putus. Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah semasa bermain dengan kawan-kawan. Kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya. Masa dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya dan mudah mendapat rezeki.

Ramadhan
Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenalinya. Dia tidak suka menonjolkan dirinya. Kehidupannya selalu selamat.

Syawal
Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan hidupnya, oleh itu ibubapanya perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu. Jika tidak, kehidupannya menjadi susah kerana perangai keras hatinya, dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.

Zulkaedah
Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak berfikir, kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapat hasil yang baik dalan kehidupannya. Tetapi oleh kerana banyak berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi keluru, dia seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang memuaskan.

Zulhijjah
Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal perasaannya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. Oleh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah, dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatannya. Dia seringkali menyesal kerana kurang hati-hati dan kurang pertimbangan.

Macamana.....betulke....

Saturday, April 24, 2010

Kesan penyakit melalui mata

Mata oh mata rupa-rupanya boleh tengok penyakit melalui kau.....
Dalam permakanan kita sekarang... macam2 toksid ada.... sayur2 segar pun menggunakan racun perosak...kononnya makan sayur nak amalkan permakanan sihat tapi makan racun juga rupanya. Kalau tak tanam sendiri jangan haraplah sayur tu tak ada racun perosak.....

Bagi penghisap rokok... bukannya tak tahu rokok itu berbahaya tapi hisap juga.... daripada kajian yang dibuat.... asap rokok mengandungi 4,000 bahan kimia berbahaya dan 60 daripadanya sangat beracun.
Antaranya Ammonia (bahan pencuci lantai), Aseton (bahan penanggal cat), Arsenik (racun anai-anai), Toluidine, Urethane, Toluena (Bahan Pelarut), Dibenzacridine, Fenol, Butana (bahan api pemetik api), Karbon Monoksida (gas beracun ekzos kereta), Polonium-210, DDT (racun makhluk perosak), Maetanol (bahan api roket), Kadmium (bahan dalam bateri kereta), Naftalena (ubat gegat), Dimethylnitrosamine, Pyrene dan Naphthylamine.Kalau disuruh berhenti macam2 jawapannya salahsatunya dah kena penyakit nanti carilah ubatnya.....

Tapi macamana nak kesan penyakit... takkan dah parah baru nak cari ubatnya.... Satu caranya pergi hospital buat test kat sana tapi hospital kerajaan biasalah lambat... yang ada duit boleh pergi hospital pakar.... yang tak banyak duit camana?

Lagi satu cara pergi diagnos penyakit melalui tapak tangan dan iridologi (anak mata)....Orang selalu panggil rawatan hermopaty.... Kedua2 nie saya dah pernah buat.... Yang saya nak cerita pasal diagnos melalui anak mata.... sesetengah orang bukannya nak percaya benda macam nie.... tapi apa yang didiagnos melalui anak mata saya memang betul.... saya buat melalui Prof Dr. Sabri.... Dr. Sabri menyatakan saya stress yang amat sangat masa itu.... memang pun sebab gaduh dengan suami.... biasalah suami isteri... saya juga ada alahan... betul juga tu... sakit belakang... lagi ada masalah ke arah fibroid... biasalah perempuan selalu kena penyakit nie tapi saya punya tak teruk...tapi alhamdulillah tak ada penyakit yg serius.... Lagi satu... Dr. Sabri kesan ada benda(hantu ke....) yang mengganggu saya.... Biar betul tapi kalau ikutkan keadaan rumah lama saya memang ada sesuatu kat rumah itu.....Nasib baik dah pindah....Tapi Dr. cakap jangan takut.... ia lalu saja....
Dr. Sabri memang ada menjual produk kesihatan tapi tak dipaksa untuk membeli tapi bila dah tahu ada penyakit mesti nak beli.... Orang putih sebenarnya dah lama menggunakan keadah ini untuk mengesan penyakit......diambil daripada pemerhatian terhadap burung helang.. kita pun dah ramai juga pengamal keadah nie..... kalau nak tahu betul ke tidak cubalah..... bayarannya pun tak mahal.... saya masa buat diagnos free je sebab panggil Dr. Sabri buat ceramah pasal permakanan.... menarik ceramahnya.... produknya kena bayarlah....
Dr. Sabri juga belajar mengenai nombor..... orang kata ilmu metafizik.... jadi sesiapa yang nak cari jodoh pun boleh mentafsir tarikh lahir pasangan samada sesuai atau tidak..... sepatutnya artis kena tafsir dulu tarikh lahir mereka dan pasangan samada sesuai atau tidak... barulah rumahtangga tu boleh tahan lama..... Nombor kereta tak serasi boleh tengok....
Saya nie bukannya nak promote Dr. Sabri.... tak dapat apa2 pun..... tapi sekadar berkongsi info....
Tak salah mencubakan......

Monday, April 19, 2010

Pokok Keduduk(senduduk) merawat kayap

Saya dah pernah kena penyakit kayap... Sakitnya mmg tak boleh cakap... masa mula nak kena kayap badan kita akan terasa panas sejuk.... badan tersentuh baju pun sakit...Yang paling pedih bila kayap tu dah menggelembung dan pecah.Petua org dulu kalau terkena penyakit ini tak boleh makan benda bergoreng... kena minyak pun tak boleh. Selain itu sabun pun tak boleh guna... Tak tahulah betul ke tidak... Tapi bagusnya bila terkena kayap saya tak perlu masak....Ada yg kata jika terkena simtom-simpon penyakit kayap, jangan berjumpa doktor kerana ubat-ubatan doktor menambahkan kehangatan badan serta menambah kesakitan. Doktor biasa bagi krim sapu dan ubat tahan gatal. Jadi ramai yg guna rawatan tradisional.

Di sini terdapat info mengenai penyakit kayap..
Penyakit ini berbentuk kudis yang melecur berwarna kemerah-merahan yang rasanya gatal dan merenyam. Biasanya kayap jenis ini digelar oleh orang Melayu sebagai 'kayap ular' yang merebak dari tengah belakang hingga ke bahagian depan, tidak ubah bagaikan ular yang melenggar mengelilingi tubuh badan.
Ada juga kepercayaan mengatakan bila 'kayap ular' ini bertemu di bahagian depan, pengidapnya akan mati. Bagaimanapun dari pengalaman doktor perkara ini jarang berlaku. Kuman yang menyebabkan kayap ular atau kayap 'zoster' ini adalah sama bentuknya dengan kuman yang menyebabkan penyakit cacar air (varicella).
Kajian telah menunjukkan di antara kedua kuman kayap dan kuman cacar air ini tidak ada bezanya dari segi rupa bentuknya.
Adalah dipercayai, yang kayap ular ini terjadi akibat daripada kuman cacar air yang mula aktif setelah tertinggal dalam urat saraf 'rasa' (urat saraf 'rasa' adalah urat saraf yang boleh membuat seseorang itu merasa sesuatu) setelah diserang penyakit cacar air.
Kayap ular boleh menyerang seseorang dewasa sebaik-baik setelah tiga hingga lima hari dia terdedah kepada penyakit cacar air.
Penyakit ini juga boleh merosakkan urat saraf 'rasa' seseorang seperti juga disebabkan oleh penyakit batuk kering, barah dan leukemia.
Bagaimanapun kayap ular ini juga boleh menyerang seseorang tanpa mempunyai sebab.
Kuman kayap ular ini menyerang urat saraf 'rasa' dan kerana itu jangkitan yang berlaku menyebabkan pengidapnya rasa sakit dan bisa.
Kayap ular ini akan muncul buat pertama kalinya di beberapa bahagian tubuh badan seseorang, bergantung kepada urat saraf 'rasa' yang mana diserang.
Serangan yang berlaku adalah diikuti dengan rasa sakit di bahagian kulit di mana urat saraf 'rasa' berada. Kesakitan yang dirasakan memakan masa dua hingga 3 hari sebelum ruam merah terbentuk. Lazimnya ruam kayap ular ini berkumpul ataupun berbaris mengikut lengkaran urat saraf 'rasa'.
Pada mulanya, ruam merah yang bertompok-tompok akan kelihatan pada kulit dan kemudian lebih banyak ruam yang berbagai bentuk dengan warna kemerah-merahan dan melecur-lecur berlaku.
Ruam merah yang bertompok itu mengandungi nanah sebelum pecah dan menyebabkan kulit jadi melecur. Setengah daripada kulit yang melecur ini akan menerbitkan darah dan rasa sakit akan berterusan bila ruam terus merebak di sekeliling tubuh.
Lazimnya ruam kayap ular ini bermula dari tengah belakang dan merebak hingga ke bahagian dada. Pada kebiasaannya kayap ular ini menyerang sebelah dada sahaja.
Akhirnya, kayap ular ini akan menyerang urat saraf 'rasa' di bahagian' mata, sekiranya ia tidak dirawat ketika di peringkat awal lagi.
Bila ini berlaku, seseorang akan merasa pening-pening dan sakit diikuti pula dengan tumbuhan ruam di bahagian dahi dan di bahagian tepi mata.
Jika mata turut diserang ia kelihat-an merah dan berlakulah apa yang di-katakan 'conjunctivitis’. Mana-mana urat saraf 'rasa' akan diserang oleh kuman kayap ular ini bila tumbuhnya kayap ini di kulit di mana adanya urat saraf 'rasa'.
Ruam yang berlaku pada kulit memakan masa dari 10 hari hingga dua minggu untuk sembuh jika dirawat dan kemudian ia akan mula reda dan meninggalkan parut pada kulit.
Bagi pengidap kayap ular yang lebih tua, mereka akan merasakan kesakitannya dalam jangka waktu yang lebih lama iaitu berbulan-bulan ataupun makan tahun, apatah lagi jika ia tidak dirawat.
Kesakitan ini digelar 'Post-Herpetic Neuralgia' dan begitu menyeksa kerana ubat-ubatan yang diberi lazim-nya kurang berkesan. Sebelum seseorang pakar dapat merawat kayap ular Ini dia harus benar-benar mengetahui secara lebih mendalam akan penyakit ini.
Dari penyakit ini telah timbul berbagai kepercayaan dan juga aneka jenis rawatan yang disyorkan. Ramai juga yakin bahawa kayap ular ini boleh dirawat cara tradisional.
Sebenarnya, kayap ular ini mempunyai proses yang natural, setelah menyerang kulit, akhirnya ia akan sembuh juga walaupun memakan masa yang panjang.


Tetapi saya ada petua bila terkena kayap ini dan memang mujarab.Apa yang saya gunakan adalah dapatkan buah keduduk yang dah masak... kemudian lenyekkan dan tampal pada bahagian yg terkena kayap. Buahnya yg sejuk membuatkan kayap cepat surut...

Pokok renek ini biasa dijumpai dibelukar dan semak yang tidak terlalu tebal.Nama saintifiknya melastoma malabathricum

Ada juga bunga keduduk yg berwarna putih... tapi jarang pula dijumpai. Tapi ada khasiatnya juga... Nie yg saya jumpa dalam internet...
Perubatan tradisional banyak menggunakan senduduk sebagai tumbuhan untuk mengembalikan kecergasan badan terutamanya selepas bersalin. Daun senduduk bersama daun mengkudu, serai wangi, pandan dan limau purut dicampur bersama air panas dan dijadikan rempah untuk mandi teresat selepas bersalin, selalunya selama 3 pagi selepas melahirkan.Daunnya yang tua dan gugur kebumi akan bertukar warna menjadi merah muda. daun ini ditumbuk dan air tapisannya diminum untuk menyembuhkan luka dalaman selepas bersalin.Sesiapa yang pernah terkena bisa ulat bulu pasti tahu betapa sakitnya bisa itu. daun senduduk boleh juga di gunakan untuk merawat bisa ini dengan cara menumbuk daunnya yang matang dan gugur kebumi dalam keadaan telungkup dan ditampal pada bahagian yang terkena ulat bulu tadi.Selain daripada itu senduduk juga boleh digunakan untuk merawat cirit birit, berak berdarah dan buasir dengan cara meminum air rebusan daunnya. pes daunnya yang ditumbuk juga boleh menghilangkan parut akibat pelentong(yg nie kayap kot)/bertih/cacar air