Monday, April 19, 2010

Pokok Keduduk(senduduk) merawat kayap

Saya dah pernah kena penyakit kayap... Sakitnya mmg tak boleh cakap... masa mula nak kena kayap badan kita akan terasa panas sejuk.... badan tersentuh baju pun sakit...Yang paling pedih bila kayap tu dah menggelembung dan pecah.Petua org dulu kalau terkena penyakit ini tak boleh makan benda bergoreng... kena minyak pun tak boleh. Selain itu sabun pun tak boleh guna... Tak tahulah betul ke tidak... Tapi bagusnya bila terkena kayap saya tak perlu masak....Ada yg kata jika terkena simtom-simpon penyakit kayap, jangan berjumpa doktor kerana ubat-ubatan doktor menambahkan kehangatan badan serta menambah kesakitan. Doktor biasa bagi krim sapu dan ubat tahan gatal. Jadi ramai yg guna rawatan tradisional.

Di sini terdapat info mengenai penyakit kayap..
Penyakit ini berbentuk kudis yang melecur berwarna kemerah-merahan yang rasanya gatal dan merenyam. Biasanya kayap jenis ini digelar oleh orang Melayu sebagai 'kayap ular' yang merebak dari tengah belakang hingga ke bahagian depan, tidak ubah bagaikan ular yang melenggar mengelilingi tubuh badan.
Ada juga kepercayaan mengatakan bila 'kayap ular' ini bertemu di bahagian depan, pengidapnya akan mati. Bagaimanapun dari pengalaman doktor perkara ini jarang berlaku. Kuman yang menyebabkan kayap ular atau kayap 'zoster' ini adalah sama bentuknya dengan kuman yang menyebabkan penyakit cacar air (varicella).
Kajian telah menunjukkan di antara kedua kuman kayap dan kuman cacar air ini tidak ada bezanya dari segi rupa bentuknya.
Adalah dipercayai, yang kayap ular ini terjadi akibat daripada kuman cacar air yang mula aktif setelah tertinggal dalam urat saraf 'rasa' (urat saraf 'rasa' adalah urat saraf yang boleh membuat seseorang itu merasa sesuatu) setelah diserang penyakit cacar air.
Kayap ular boleh menyerang seseorang dewasa sebaik-baik setelah tiga hingga lima hari dia terdedah kepada penyakit cacar air.
Penyakit ini juga boleh merosakkan urat saraf 'rasa' seseorang seperti juga disebabkan oleh penyakit batuk kering, barah dan leukemia.
Bagaimanapun kayap ular ini juga boleh menyerang seseorang tanpa mempunyai sebab.
Kuman kayap ular ini menyerang urat saraf 'rasa' dan kerana itu jangkitan yang berlaku menyebabkan pengidapnya rasa sakit dan bisa.
Kayap ular ini akan muncul buat pertama kalinya di beberapa bahagian tubuh badan seseorang, bergantung kepada urat saraf 'rasa' yang mana diserang.
Serangan yang berlaku adalah diikuti dengan rasa sakit di bahagian kulit di mana urat saraf 'rasa' berada. Kesakitan yang dirasakan memakan masa dua hingga 3 hari sebelum ruam merah terbentuk. Lazimnya ruam kayap ular ini berkumpul ataupun berbaris mengikut lengkaran urat saraf 'rasa'.
Pada mulanya, ruam merah yang bertompok-tompok akan kelihatan pada kulit dan kemudian lebih banyak ruam yang berbagai bentuk dengan warna kemerah-merahan dan melecur-lecur berlaku.
Ruam merah yang bertompok itu mengandungi nanah sebelum pecah dan menyebabkan kulit jadi melecur. Setengah daripada kulit yang melecur ini akan menerbitkan darah dan rasa sakit akan berterusan bila ruam terus merebak di sekeliling tubuh.
Lazimnya ruam kayap ular ini bermula dari tengah belakang dan merebak hingga ke bahagian dada. Pada kebiasaannya kayap ular ini menyerang sebelah dada sahaja.
Akhirnya, kayap ular ini akan menyerang urat saraf 'rasa' di bahagian' mata, sekiranya ia tidak dirawat ketika di peringkat awal lagi.
Bila ini berlaku, seseorang akan merasa pening-pening dan sakit diikuti pula dengan tumbuhan ruam di bahagian dahi dan di bahagian tepi mata.
Jika mata turut diserang ia kelihat-an merah dan berlakulah apa yang di-katakan 'conjunctivitis’. Mana-mana urat saraf 'rasa' akan diserang oleh kuman kayap ular ini bila tumbuhnya kayap ini di kulit di mana adanya urat saraf 'rasa'.
Ruam yang berlaku pada kulit memakan masa dari 10 hari hingga dua minggu untuk sembuh jika dirawat dan kemudian ia akan mula reda dan meninggalkan parut pada kulit.
Bagi pengidap kayap ular yang lebih tua, mereka akan merasakan kesakitannya dalam jangka waktu yang lebih lama iaitu berbulan-bulan ataupun makan tahun, apatah lagi jika ia tidak dirawat.
Kesakitan ini digelar 'Post-Herpetic Neuralgia' dan begitu menyeksa kerana ubat-ubatan yang diberi lazim-nya kurang berkesan. Sebelum seseorang pakar dapat merawat kayap ular Ini dia harus benar-benar mengetahui secara lebih mendalam akan penyakit ini.
Dari penyakit ini telah timbul berbagai kepercayaan dan juga aneka jenis rawatan yang disyorkan. Ramai juga yakin bahawa kayap ular ini boleh dirawat cara tradisional.
Sebenarnya, kayap ular ini mempunyai proses yang natural, setelah menyerang kulit, akhirnya ia akan sembuh juga walaupun memakan masa yang panjang.


Tetapi saya ada petua bila terkena kayap ini dan memang mujarab.Apa yang saya gunakan adalah dapatkan buah keduduk yang dah masak... kemudian lenyekkan dan tampal pada bahagian yg terkena kayap. Buahnya yg sejuk membuatkan kayap cepat surut...

Pokok renek ini biasa dijumpai dibelukar dan semak yang tidak terlalu tebal.Nama saintifiknya melastoma malabathricum

Ada juga bunga keduduk yg berwarna putih... tapi jarang pula dijumpai. Tapi ada khasiatnya juga... Nie yg saya jumpa dalam internet...
Perubatan tradisional banyak menggunakan senduduk sebagai tumbuhan untuk mengembalikan kecergasan badan terutamanya selepas bersalin. Daun senduduk bersama daun mengkudu, serai wangi, pandan dan limau purut dicampur bersama air panas dan dijadikan rempah untuk mandi teresat selepas bersalin, selalunya selama 3 pagi selepas melahirkan.Daunnya yang tua dan gugur kebumi akan bertukar warna menjadi merah muda. daun ini ditumbuk dan air tapisannya diminum untuk menyembuhkan luka dalaman selepas bersalin.Sesiapa yang pernah terkena bisa ulat bulu pasti tahu betapa sakitnya bisa itu. daun senduduk boleh juga di gunakan untuk merawat bisa ini dengan cara menumbuk daunnya yang matang dan gugur kebumi dalam keadaan telungkup dan ditampal pada bahagian yang terkena ulat bulu tadi.Selain daripada itu senduduk juga boleh digunakan untuk merawat cirit birit, berak berdarah dan buasir dengan cara meminum air rebusan daunnya. pes daunnya yang ditumbuk juga boleh menghilangkan parut akibat pelentong(yg nie kayap kot)/bertih/cacar air

4 comments:

  1. adek saye nga kene bnde ni..cian at die..umo 4 taon..ta sngop tgok die kene pnyaket ni..ya Allah..sembuh kan lah die cepat..

    ReplyDelete
  2. thank's friend atas informasinye... ^_^

    ReplyDelete
  3. saya baru je kena 2 hari lepas....semalam baru saya betul2 tau saya terkena kayap....saya akan cuba cara ni....terima kasih ye...doakan utk saya supaya cepat sembuh....aminnnn....

    ReplyDelete
  4. saya terkena kayap di celah peha,,memang sakit...kena tambah air ke untuk tampal buah senduduk yang dilenyek tu??

    ReplyDelete