Monday, April 26, 2010

Pokok Ajaib


Pokok ajaib...... sebab apa pula namanya pokok ajaib.Adakah bentuk pokok ini pelik hingga dipanggil pokok ajaib.... bukan...sebenarnya apabila kita makan buah pokok ajaib dalam masa dua-tiga minit apa2 benda masam yang kita makan akan jadi manis... tak percaya....Jadi bukan nak cerita pasal pokok kat atas ya....
Kat rumah dah lama ada pokok ajaib nie tapi buat tak kesah je.... bertahunlah juga pokok kat rumah tak berbuah walaupun pokoknya dah besar....selepas tahu khasiatnya barulah suami mula letak baja buah dan akhirnya pokok ajaik ku berbuah jua.....nak beli kat kedai mahal buahnya jadi horay dapat juga makan buah ajaib nie...nak tahu khasiatnya cubalah cari...
Nama saintifik bagi pokok ini adalah Synsepalum dulcificum dan berasal daripada Afrika Selatan.Tumbuhan dari keluarga Sapotaceae ini boleh ditanam didalam pasu yang besar. Ia adalah tumbuhan renek yang boleh mencapai ketinggian sehingga 18 kaki jika hidup di habitat yang menyerupai habitat asalnya. Kebiasaannya ia boleh tumbuh sehingga 5 hingga 6 kaki. Ia menghasilkan buah sepanjang tahun.Ia akan menghasilkan buah selepas lebih kurang 4 tahun ditanam.Bunganya kecil berwarna putih.
Buahnya yang berbentuk beri berwarna hijau ketika muda dan akan berubah menjadi merah terang apabila masak.Setiap buah mempunyai satu biji. Lapisan yang menyaluti biji ini walaupun tidak mempunyai rasa manis, tetapi akan menghilangkan semua rasa masam pada benda yang dimakan dan menggantikannya dengan rasa manis.Kesan ini akan dirasakan selama sejam atau lebih.
Dalam perubatan buah ini digunakan untuk merawat demam, kencing manis, malaria, buasir dan batuk. Kandungan gula semulajadi yang dihasilkan oleh buahnya juga amat berguna untuk membantu pesakit kencing manis.Hasilnya sekarang macam2 produk yang dihasilkan dengan buah pokok buah ajaib ini.

2 comments:

  1. masa u blk x berbuah lagi.... klu u nak mkn limau nipis rasa manis bolehlah mkn buah nie nanti

    ReplyDelete