Tuesday, April 20, 2010

Sambutan Jubli Perak

Sempena penubuhan 25 tahun Poli KB, telah diadakan satu sambutan jubli perak pada 18/04/2010. Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Saifuddin Abdullah telah dijemput untuk merasmikan sambutan tersebut. Jabatan saya telah ditugaskan untuk melaksanakan bahagian sambutan dan inilah hasilnya.

Disepanjang jalan dari pintu pagar ke dewan diletakan seramai 58 orang pelajar untuk memegang bungga manggar. Saya di tugaskan menyiapkan bunggar manggar dan mengawal pelajar seramai 58 orang. Banyak tu bungga manggar nak kena buat.... letih nak meyucuknya.
Pada acara sambutan, band berada didepan.... Nie pelajar sekolah... kena sewa mereka sebab poli mana ada band. Sedap juga mereka main. Masa nak mula... ada pemukul rebana menandakan ketibaan Dato'. Sibuk dok jaga pelajar bungga manggar tak sempat nak ambil gambar rebana.
Kemudian diikuti dengan pasukan wataniah pkb yang siap memegang senjata.. Cayalah... nasib baik tak ada peluru...
Di belakang pasukan wataniah, seramai 25 org pelajar memegang bunga telur. Nak sambut 25 tahun kenalah bunga telur 25 juga. Di depannya memegan bungga telur berwarna perak.... Jubli Perak katakan...
Akhir sekali... barulah Pengarah PKB, Hj. Che Ku Mamat Che Ku Abdullah mengiringi Dato' Saifuddin Abdullah masuk ke dalam Dewan. Diikuti dibelakangnya Ketua2 Jabatan, Ketua2 Unit dan tetamu Jemputan.

Yang pegang bakul itu penabur bungga rampai pula seramai 10 orang. Dan di atas pentas pemegang bunga telor meletakkan bungga telor di atas pentas.
Sedihnya tak dapat tengok acara di dalam dewan sebab kena bawa budak manggar pergi simpan bungga manggar dalam bengkel dan bagi duit kopi sikit.
Ada lagi acara selepas perasmian dalam dewan tapi tak pergi sebab tak boleh masuk dewan jadi terus naik jabatan.

2 comments:

  1. waaahhh, jadik manager ahh nihh??
    meriah2.

    tak jempott aku ponn. huaa~

    ReplyDelete
  2. acara tertutup.... maaflah tak leh jemput

    ReplyDelete