
Sama-samalah kita meriahkan bloglist Ben Ashaari.
http://www.benashaari.com/2010/12/bloglist-bubar-dan-bina.html

Sama-samalah kita meriahkan bloglist Ben Ashaari.
http://www.benashaari.com/2010/12/bloglist-bubar-dan-bina.html
LEDANG - Vokalis kumpulan rock XPDC, Mael mengaku salah di Mahkamah Majistret Tangkak di sini semalam atas pertuduhan mencederakan anak perempuannya yang berusia 16 tahun di tangan dan kaki gadis itu pada 9 Mei lalu. Penyanyi berkenaan atau nama sebenarnya Syed Ismail Syed Ibrahim, 42, mengaku melakukan perbuatan tersebut di sebuah rumah di Jalan Ahmad, Tanjung Agas pada pukul 7.30 malam Ahad minggu lalu.
Dalam kenyataan pihak pendakwaan, tertuduh telah memukul anaknya di bahagian kaki dan tangan menggunakan rotan dan tangan tertuduh.
Majistret Salina Omar kemudian menetapkan denda sebanyak RM500 sebagai hukuman setelah mendengar rayuan daripada tertuduh yang memberitahu dia mempunyai tanggungan lima orang anak.
Susah jadi mak bapa zaman sekarang.... bila nak rotan untuk mengajar anak dikatakan dera... dah anak kurang ajar.. rotan jelah.... bukannya disepak teranjang budak tu.... inilah masalah bila ibubapa bergaduh.... anak dijadikan alasan untuk menghentam pasangan....
Bagi saya tak ada masalah merotan asalkan tidak mengakibatkan kecederaan yang serius... kalau setakat berbirat orang zaman dulu lagi teruk berbiratnya.... sampai ada yang ikat anak pada pokok yang ada kerengga. Jadi orang berguna juga anak tu... Kalau keadah dulu di buat zaman sekarang.... kena penjara kot si bapa tu....
Sebab itu kita tengok anak zaman sekarang banyak yang terlibat dengan gejala sosial dan kurang ajar..... anak sendiri bapa nak rotan pun tak boleh lagikan GURU nak merotan..... berbekas sikit nak report polis dan saman guru..... nak lagi glamor masuk dalam akhbar..... setiap ibubapa mengatakan anak mereka baik walaupun ada sesetengahnya di belakang mak bapa perangai macam hantu.... takkan nak tunjuk perangai buruk depan mak bapakan..... kalau pelajar tidak buat masalah.... guru pun tak ingin nak rotan... tapi ada juga guru yang terlebih rotan..... nie yan susah.... Guru kalau nak merotan..... bayangkan tu anak sendiri ya......
Lagi satu pihak akhbar suka mensensasikan berita macam ini..... itu sebabnya orang bersangka buruk bila anak dirotan oleh bapa atau pelajar dirotan oleh guru... sedangkan perkara ni boleh diselesaikan secara baik...... selagi tidak memudarat dan mencacatkan.... biarkanlah..... sayang anak biar berpada2.... hari tua kita tidak tahu lagi macamana perangai anak tersebut.....
Malas sebenarnya nak cerita isu rotan nie.... baik makan ......
Selamat Menyambut Hari Guru.... Semua orang mesti terlibat dengan guru sebelum berjaya. Jadi guru memang penting dalam kehidupan kita.... Walaupun dah ramai yang tidak menghormati guru... Namun sekarang ramai yang berebut nak jadi guru walaupun sebenarnya tidak sepenuh hati.... hanya untuk makan gaji dengan kerajaan kerana kerja lain susah nak dapat sekarang... tapi walaupun hati tidak ikhlas... ilmu yang diajar kepada pelajar tetap berguna hingga akhir hayat...
Guru menunjuk ajar jika pelajar ada masalah dalam pelajaran tetapi hati2 guru lelaki bila mengajar pelajar perempuan kerana kebanyakkan pelajar... guru adalah idola mereka masa ini. Bila guru memberi perhatian yang lebih memang bangga habis....
Bila tiba hari guru pelajar sibuk nak beli hadiah.... selalunya mak ayah yang terpaksa keluarkan duit untuk belikan hadiah.... pelajar mana ada duit sendiri.... kalau tak beli nanti mengamuk....
tapi bila dah masuk pusat penggajian tinggi tak ada pula pelajar nak beri hadiah pada pensyarah sebab kena guna duit sendiri sedangkan pensyarah juga memberi ilmu kepada pelajar..... duit loan sendiri katakan...
Pening guru yang tak berapa faham bahasa SMS nie.... Yang lagi naya ada SMS masuk pukul 12.00 malam kononnya nak jadi yang pertama menghantar ucapan kepada guru.... Pelajar nie ingat kita berjaga malam macam dia juga ke......
Walau setinggi dan serendah mana anda berada sekarang guru antara penyumbang jasa yang besar selain Ibubapa......Apa-apa pun Selamat Hari Guru..... "Guru Pembina Negara Bangsa"Lirik Lagu Kami Guru Malaysia
Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua
Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta
Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan
Lagu & Lirik : Hashim Ahmad
Lagu Kami Guru Malaysia
Bermula 12 Mei 2010 (Rabu), bahagian kedua musim pertama Glee yang merangkumi sembilan episod mula ditayangkan di saluran Star World (saluran 711, Astro) bermula pukul 9 malam.
Malah, pada tayangan perdana sempena musim bunga baru-baru ini, Glee berjaya mencatat jumlah penonton seramai 13.7 juta orang. Bahkan, siri itu juga meraih pelbagai komen positif yang membina daripada pengkritik yang sudah menontonnya.
Di dalam siri ini watak Kurt meminati watak Finn.
Menjaga penampilan dan berpakaian mahal serta suka merapikan sisi rambutnya. 
Mari kita layan gambar Kurt yang comel bagi saya.... 

Lagi.... 




Hujan...... bukan nak cerita pasal kumpulan hujan tapi keadaan cuaca sekarang....
memang panas sekarang kat tempat saya.... bila baca berita....aduss... nasib baik daerah saya tak kritikal lagi bekalan air.... tapi kena berjimat juga nie.... sekolah anak dah berminggu tiada bekalan air sebab berada di kawasan berbukit.... terpaksalah bekalkan anak sebotol air.... setakat buang air kecil bolehlah.... kalau air besar tak cukup.... pokok bunga nak kena jirus... kalau tak keringlah bunga.....
sebelum nie Kerajaan Negeri Kelantan telah mengadakan solat hajat perdana mohon diturun hujan dan alhamdulillah hujan turun dekat seminggu juga...
DOA APABILA HUJAN TURUN
اَللَّهُمَّ صَيِّبًا نَافِعًا.
“Ya Allah! Turunkanlah hujan yang bermanfaat (untuk manusia, tanaman dan binatang).” [1]
[1] HR. Al-Bukhari dengan Fathul Bari 2/518.
BACAAN SETELAH HUJAN TURUN
مُطِرْنَا بِفَضْلِ اللهِ وَرَحْمَتِهِ.
“Kita diberi hujan karena karunia dan rahmat Allah.” [2]
[2] HR. Al-Bukhari 1/205, Muslim 1/83.
DOA AGAR HUJAN BERHENTI
اَللَّهُمَّ حَوَالَيْنَا وَلاَ عَلَيْنَا، اَللَّهُمَّ عَلَى اْلآكَامِ وَالظِّرَابِ، وَبُطُوْنِ اْلأَوْدِيَةِ وَمَنَابِتِ الشَّجَرِ.
“Ya Allah! Hujanilah di sekitar kami, jangan kepada kami. Ya, Allah! Berilah hujan ke daratan tinggi, beberapa anak bukit perut lembah dan beberapa tanah yang menumbuhkan pepohonan.” [3]
[3] HR. Al-Bukhari 1/224 dan Muslim 2/614.
tapi sekarang keadaan kembali panas.... hati pun panas sebab air cond kat pejabat selalu masalah.... macam duduk dalam sauna.... nielah masalah kalau air cond berpusat....
lagi gambar....









