
Diterbitkan 20th Century Fox Television, Glee mula disiarkan di AS pada 19 Mei 2009 selepas berakhirnya siri realiti TV popular, American Idol musim kelapan. Ternyata gaya persembahan dihidangkan Glee menarik perhatian penonton kerana setiap episodnya mencatat rating tertinggi, selain mencatat rekod selaku muat turun lagu terbanyak di iTunes.

Justeru, kehebatan Glee turut dibuktikan dalam pencapaiannya memenangi Anugerah Siri Televisyen Terbaik di Golden Globe Januari lalu. Tidak terkecuali, turut disenaraikan dalam tiga pencalonan iaitu Aktres Terbaik diwakili Lea Michele, Aktor Terbaik, (Matthew Morrison) dan Aktres Pembantu Terbaik (Jane Lynch).
Saya paling suka dengan watak Kurt iaitu seorang gay. Memang sesuai watak gay yang dicipta khas untuk Chris Colfer. Dengan wajah yang comel dengan pipi dan bibir yang kemerahan. Mulanya saya ingatkan watak ini dipegang oleh seorang perempuan tapi rupanya tidak. Dari siri Glee juga saya mula meminati lagu Single Ladies.












No comments:
Post a Comment