Saturday, May 15, 2010

Selamat Hari Guru

Selamat Menyambut Hari Guru.... Semua orang mesti terlibat dengan guru sebelum berjaya. Jadi guru memang penting dalam kehidupan kita.... Walaupun dah ramai yang tidak menghormati guru... Namun sekarang ramai yang berebut nak jadi guru walaupun sebenarnya tidak sepenuh hati.... hanya untuk makan gaji dengan kerajaan kerana kerja lain susah nak dapat sekarang... tapi walaupun hati tidak ikhlas... ilmu yang diajar kepada pelajar tetap berguna hingga akhir hayat...
Guru menunjuk ajar jika pelajar ada masalah dalam pelajaran tetapi hati2 guru lelaki bila mengajar pelajar perempuan kerana kebanyakkan pelajar... guru adalah idola mereka masa ini. Bila guru memberi perhatian yang lebih memang bangga habis....
Bila tiba hari guru pelajar sibuk nak beli hadiah.... selalunya mak ayah yang terpaksa keluarkan duit untuk belikan hadiah.... pelajar mana ada duit sendiri.... kalau tak beli nanti mengamuk.... murah pun tak apa janji beli.... bagi Guru.... walau apa pun hadiahnya asalkan ingatan ikhlas pelajar dan berjaya nanti..... nak tahu guru mana yang pelajar suka boleh tengok guru mana yang dapat paling banyak hadiah biasanya.....tapi bila dah masuk pusat penggajian tinggi tak ada pula pelajar nak beri hadiah pada pensyarah sebab kena guna duit sendiri sedangkan pensyarah juga memberi ilmu kepada pelajar..... duit loan sendiri katakan...
Tapi di zaman teknologi kini.... inilah yang dihadiahkan oleh pelajar.....
Pening guru yang tak berapa faham bahasa SMS nie.... Yang lagi naya ada SMS masuk pukul 12.00 malam kononnya nak jadi yang pertama menghantar ucapan kepada guru.... Pelajar nie ingat kita berjaga malam macam dia juga ke......
Walau setinggi dan serendah mana anda berada sekarang guru antara penyumbang jasa yang besar selain Ibubapa......Apa-apa pun Selamat Hari Guru..... "Guru Pembina Negara Bangsa"

Lirik Lagu Kami Guru Malaysia

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

Lagu & Lirik : Hashim Ahmad

Lagu Kami Guru Malaysia

No comments:

Post a Comment